Thursday, December 31, 2009

Hari terakhir tahun 2009

Hari ni hari terakhir tahun 2009. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun. Seronok dengan hidup baru sebagai Isteri dan bakal menjadi ibu kepada anak kami ( insyaAllah) Sepanjang tempoh 9 bulan usia perkahwinan ni, aku rase akulah manusia yang paling istimewa..cheewwwaahhh..ditatang bagai sang puteri, dibelai dan dimanja bagai anak kecil. Tiade perkataan lain yang boleh digambarkan selain dari AKU BAHAGIA! Bersyukur sangat kepada ALLAH kerana dikurniakan seorang suami seperti dia. InsyaAllah, aku cube untuk menjadi isteri yang baik, isteri yang taat dan patuh walaupun aku rase aku belom cukup sempurna. Tengah berusaha untuk rajin ---> rajin memasak, mengemas umah,jemor baju (ni paling malas nak buat..hehe).


Tahun 2010, mengaharapkan kebahagian ni kekal utk aku. Menanti kelahiran anak kami dan mendoakan agar ianya menjadi seorang anak yang soleh, patuh pada umi dan walid, bijak dan sihat hendaknye.


Plan untuk berholiday + honeymoon (erkkk baru nak honeymoon ke?) akan tercapai..hehehe..mane lokasi? to be determine, bergantung pada budget dan kesesuaian mase memandangkan end of 2010 ade majlis untuk si kembar..


Tunggu komisen yang dah 2 tahun tertangguh ni..bila mau dapat daaa..bonus juge. Dengar kate ade berita baik dari finance, harap2 ini bukan rumours biarlah kenyataan..*pray for it*


Selamat tahun baru untuk semua!

Sunday, December 20, 2009

Tak de sivik langsung!

Hari ni agak emo. Bukan emo pasal ape, emo pasal tengok umat manusia kat malaysia nih tak de sivik. Ade ke patut parking kete merata2, lagi2 kalau pegi area the curve ngn IKANO. Pihak pengurusan dah sediakan parking, gunakan la. Nak bayo duit parking setakat RM 3 tu pun nak berkira ke? Ade yang aku nampak tuh, boleh pegi alihkan kon tepi jalan utk parking kete diorg. Ape punye perangai la. Pakai kete beso boleh, nak bayo tiket parking xde duit ke? Tak paham betolla diorang ni. Dah tu, kalo sikap diorg tu tak menyusahkan org lain xpe, ini makin kasik jalan jam ngn kete2 yg berderet illegal parking kt tepi jalan. Haih..pas ni aku ingat nak tolong scratch kan la kete2 yg berderet kt tepi jalan tu. Bior padan muke diorg. Tu kalo nak marah pun, lantak la kan sape suh menyempitkan laluan dan illegal parking camtu. Kalo dah park camtu memang dengan berbesar hatinye memberi keizinan untuk dijahamkan kete tu ditepi jalan.

Hah, yang bikin jalan jam tu satu hal, ni ade lagi satu hal, org yang drive tau nak cepat je. Tak reti bersabo. dari jauh lagi dah nampak drive cam lipas kudung, selit sane selit sini. Dah tu kalo nak take over line tak reti nak bagi signal lak tu, main masuk jek. Ntah ape yang dikejarnye. Bahaya betol la. Ha..yang ni plak aku ingat nak sediakan lastik burung dalam kete, aku nak lastik driver tuh. Tak de adab memandu betol. Kadang2 aku nak sangat tgk org2 yg cam ni eksiden (aku tau tak elok mendoakan untuk keburukan org lain) pastu aku nak keluar kete and pegi cakap kat dia " ello, yg ni ke yg awak kejarkan? Bawak kete laju2 selit sane sini semata nk dpt penyakit?" pastu cakap PADAN MUKE!

Huh..tu la aku, kalo dah emo sangat memangla buruk. ntah pape ntah..

*org Malaysia memang low sivik diatas jalan raya.

Thursday, December 17, 2009

Lunching @ Bangsar Seafood Restaurant

Semalam, 16 December 2009 aku dan office team lunching at Bangsar Seafood. Rezeki kami sebab ade supplier nak belanje makan. Sesape yang penah pegi tempat ni mesti tau menu ape yang menarik kat sini. Butter Crab kat sini sangatla menyelerakan. Tersangatla sedap. Tapi....bukan untuk kali ni kerana mase lunch semalam sangatla mendukacitakan. Butter Crab idaman semua dah tak seperti dulu. Kurengggg..serba serbi. Mase dihidangkan pun aromanya takde menyengat sangat. Tak macam 2 thn lepas (hukhuk..punye la lama dh xpegi mkn sini). Fried bun dia pun dah kecik, pun tak besar cam dulu. Kalo cam aku yg ngh gila nak makan ni, jgn kate sepuloh 20 bijik pun tak cukup la.hehehe...

Antara menu lunch kitorg semalam adalah :


1. Chef Appetizer of the Day - ada 4 jenis makanan dalam satu pinggan besar which is aku rase yang ni je la yg agak sedap sikit.

2. Shark Fin Soup with Crab Meat - not bad la

3. Boneless Chicken with Orange Sauce and Crisp Lotus Root - rase masam sebab berperisa lemon. Pada aku tak sedap since pregnant ni tak bape suke makan ayam.

4. Garoupa Fish with Bitter Gourd and Bean Sauce - Masakan ni failed la, xsedap langsung.

5. Wok Fried Prawn with Tomatoes Sauce - Boleh tahan la, tp udang tak fresh

6. Assorted Green with Crispy Cuttle Fish - xtau la pe rase dia sebab aku tak mkn langsung yg ni.

7. Work Fried Rice with Garlic - Sedap :)

8. Black Glutinous Rice with Ice Cream - Pulut itam dia keras..aku makan ice cream je..

9. Sea Coconut with Longan - yang ni memang terbaek..hehehe sebab aku suke sea coconut.

10. Butter Crab as Additional + Fried Bun - seperti aku cakp tadi, memang dah tak best.

2 tables with 17 pax tapi itupun ade yang tak datang minus 2 org consultant yang konon2nye vege tu ( boleh ke diorg kate diorg rase bersalah nak makan tu sume, isk..isk..isk sangatla ruginye mereka2 ini).Walaupun ade yang tak datang + org yang kuat makan cam aku ni, makanan still byk yg xabes. Ape lagi walaupun tak sedap bab2 menapaw ni mesti..tapaw utk makan malam...jimat mase dan tenaga aku yang dah sememangnye tengah malas sekarang ni...hehehe...


Bawak balik umah kasik nas makan, dengan selambanye dia kate ' xsedap la. Lepas nih tak payah la B nak bawak ayang g makan sini ek'..ceh..saje je tu nak mengelak,xsedap2 pun abes licin gak crab tu dia balon...


So, lepas2 ni memang akan di blacklist la untuk makan kat sini lagi. Dengar2 ade satu restoran seafood menarik kat TTDI. Restoren Muhibbah. Boleh try la lepas ni.hehehe..sebelum kene sekat makan selama 40 hari, baik aku menggunakan mase yang ade ni utk makan sebaik mungkin. Lantakla org nak kate gemuk ke ape, yang penting makan..(heh, gemuk ke aku?)


adios...

*gambar2 tak sempat nak upload..next time la ek..



Tuesday, December 8, 2009

something like kicking and punching inside my belly

Sejak kebelakangan ni, aku terasa seperti something dalam perut.something like kicking and punching..adekah itu menunjukkan pergerakan si baby didalam?hmmm..1st time experince, kene tanya pada yg pakar ni.

Cetenye bermula begini, seawal pagi selepas solat subuh aku cube untuk tido semula tetapi tak boleh sebab terasa something dalam perut. Rase macam suatu pergerakan cam gelombang then tiba2 ade bende seperti menendang perut ni.Hmmm..i was wondering, banyak angin ke perut aku nih?Aku buat tak kisah sgt, tapi keadaan berlarutan...dalam sehari 2-3 kali juge la rase ade tendangan.

Pada hari kedua, juge terasa bende yang sama tapi kali ni, aku try letak tgn diperut dan tendangan boleh terasa pada tangan aku. Then aku amik tgn Nas nak suh dia rase and dia cakap dia pun ade rase.hmmm

Ketika entry ni ditulis, aku masih juge terasa seperti ade beberapa tendangan didalam. Masih lagi confused.

*haih...mase belom terasa dulu,giler nak merasa..bila dah terasa, cam tak percaya..
kalau betolla ape yg berlaku didalam adalah pergerakan baby...hmmm
*hai baby, aktifnye kamu...tak kesian umi ke..*

p/s : tak sabar utk next check up this thursday.nak tgk anak umi yg nakal tu..
p/ss : walid, jom pi wat 3D/4D scan..cam excited je nih..

Sunday, December 6, 2009

Good news from the twins

Morning all!(time : 10.12 am dikala entry ni ditulis), kali ni aku berblog dari kampung. Berguna jugak CELCOM broadband ni, dekat tempat jin bertendang ni pun ade coverage..hehehe

Balik kampung kali ni aku dpt good news dari mak, si twins nak bertunang..twins ni adik aku no 2..kembar yang pertama, 2nd twins baru form 4.hmmm..mak cakap diorg ni memasing dah mintak mak pegi merisik cinta hati diorg.haih..mentang2 la kembar, nak kawen pun boleh same ke..tapi si adik (Cik) mintak mak jalankan dulu urusan merisik untuk si abang (Cak). Bila dah settle Cak punya urusan baru tumpukan pada Cik pulak.

InsyaAllah,kalau xde ape2 aral dalam bln 12 ni jugak mak akan pergi merisik mebi meminang sekali untuk Cak dan Cik akan follow next Chinese New Year.Dan juge InsyaAllah majlis akan diadakan next year before ayah pencen.Majlis serentak untuk si Kembar!

*Haih, dlm perut dok sama2 nak kawen pun dok satu pelamin gak..

Wednesday, December 2, 2009

my pregnancy : 22 weeks

Minggu ni dah masuk 22 weeks pregnancy. Tiade banyak sangat perkembangan. Perut sudah mula membesar tapi masih kelihatan kecik untuk pregnancy yang sudah berusia 5 bulan (mommy kecik perut harusla kecik juge ;) ) Tabiat nak makan pun sudah menjadi-jadi. Pantang nampak ape yg org makan aku pun nak jugak. Rela pegi Giant beli bahan2 then masak kt umah. Sian kat Nas sbb dia kene ikut selera ibu mengandung.

Orang kate dah masuk 5 bulan dah bole rase baby bergerak tapi sehingga hari ni masih lagi belom rase sebarang pergerakan baby. Tapi setiap kali pegi check up, dokter kata baby sihat dan aktif didalam. Baby ni malas agaknye, same cam mak dia ;)..
nasihat utk baby : baby janganla malas2 oke, walid tak sabar nk tgu baby bergerak2, umi juge!

p/s : umi dah rase cramp kaki skrg.adoiii...

Dibawah ni aku tempek sedikit informasi tentang 22 weeks pregnant. sumber dari babycenter.com.

How your baby's growing:

At 11 inches (the length of a spaghetti squash) and almost 1 pound, your baby is starting to look like a miniature newborn. His lips, eyelids, and eyebrows are becoming more distinct, and he's even developing tiny tooth buds beneath his gums. His eyes have formed, but his irises (the colored part of the eye) still lack pigment. If you could see inside your womb, you'd be able to spot the fine hair (lanugo) that covers his body and the deep wrinkles on his skin, which he'll sport until he adds a padding of fat to fill them in. Inside his belly, his pancreas — essential for the production of some important hormones — is developing steadily.

How your life's changing:

At this point, you may find your belly becoming a hand magnet. It's perfectly okay to tell folks who touch your tummy that you'd rather they didn't. And if people are telling you that you look smaller or bigger than you should at this point, remember that each woman grows — and shows — at her own rate. What's important is that you see your practitioner for regular visits so she can make sure your baby's growth is on track.You may start to notice stretch marks on your abdomen as it expands to accommodate your growing baby. At least half of all pregnant women will develop stretch marks by the time they give birth. These small streaks of differently textured skin can range from pink to dark brown (depending on your skin color). Although they most commonly appear on your tummy, stretch marks may also show up on your buttocks, thighs, hips, and breasts. There's no proof that lotion helps prevent stretch marks, but keeping your skin moisturized may help with any itching

p/s :saye tak de strecth mark lagi and hopefully takkan ade *bole ke*

Thursday, November 26, 2009

Keterujaan menjadi ayah

Setiap hari selepas balik keje Nas akan berbual ngn 'anak' dia (excited nak jadi ayah!) . Instead sepatutnye akula yang seharusnya banyakkan cenversation with the baby. Seronok bila tgk dia berbual2.

' Hai Baby! baby sihat harini? ada kacau umi tak? jangan kacau umi tau, kesian umi nak wat keje, nanti dia penat.' ----> time dia balik keje.

'Baby, jangan kawan umi, dia ngh marah ngn walid. Baby kawan ngn walid je tau. Kita tag team 2 org. Nanti kita g jalan2 jgn ajak umi. Kita tinggal umi sorang2.' -----> ni kalau aku ngh marah ngn dia la.

'Baby, jangan nakal2 tau, walid nak g main futsal nih. ' -----> tiap kali nak keluar g futsal.

Memang tak sabar nak tunggu baby ni keluar. Hope everythings gonna be fine. Nanti Nas bolehla main2 ngn anak dia, boleh ajar main futsal..ehehehe..

*Rase-rasenye lepas nih entry agak membosankan la untuk orang bujang sebabnye nak cerite pasal parenthood..ceewaahhh.

Wednesday, November 25, 2009

Breastfeed

“…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”

Pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW dan mengaku depan baginda,dia telah berzina hingga melahirkan anak.dia meminta supaya dirinya dihukum sebaliknya,Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahunkemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

Dipetik dari Buku Panduan dan Amalan-amalan Ibu ketika Mengandung.

Kisah di atas menunjukkan yang semua ibu harus menyusukan anak mereka kerana susu ibu mengandungi semua yang bayi perlukan selama 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

Memang aku dan suami merancang untuk breasfeed anak kami nanti memandangkan susu ibu adalah baik untuk baby. Nas sangat2 menggalakkan untuk aku breastfeed. Tapi aku agak risau if aku xmenpunyai susu yang mencukupi untuk breastfeed. Kalau tengok dari pemakanan aku hari-hari rasenye tak menyumbang kepada pengumpulan susu yang banyak lagipun aku sendiri tak mau minum susu. Tengok kotak susu je dah kembang tekak.

Tapi aku memang respect gile kat mommy2 yang berjaya menyusukan anak mereka even sibuk ngn kerja. Ada yang beli breastpump set and pump kat ofis then simpan dlm fridge kemudian bwk balik kasi anak diorg minum. Giler gigih diorg nih. Nak buat macam tu jugak la tapi boleh ke? Doakan untuk aku supaya mempunyai susu yang banyak dan boleh breastfeed baby nanti.

p/s tabik gak kat mak aku dulu sebab hari-hari dia jalan kaki balik umah semata-mata nak breastfeed adik2 aku dan setia melayan karenah adik2 aku yang akan terpa dia mintak susu tiap2 hari time balik keje..*aku suke sebab tak payah nk bancuh susu utk diorg..hehehe, giler malas punye kakak!

p/s untuk mommy2 yang tak berupaya BF, blh try lain kali, kita dah berusaha..Allah yang tentukan..

Tuesday, November 24, 2009

gaji punye cerite

Start dari minggu lepas lagi isu ni hangat diperkatakan oleh geng2 bekpes aku..hehehe. Senang kate bila sebut GAJI je memasing akan mula membuat spekulasi sendiri. Bos tak mau bagi gaji awal kt staff pasai ape? Dia kate kalo bg gaji awal nnt duit cepat abes! Lorh, bila dh dpt gaji, staff tau la ape nak dibuat ngn duit diorg tuh, bos2 nih tak payah la risau duit cepat abes ke ape bukannye lepas tu staff mintak bos bagi gaji sekali lagi. Hadoiii, ade gak bos yg cam ni ek?

Bulan ni pulak ade perayaan. Nak raye gaji xdapat lagi. Ape kes??? Almost staff semua nye Muslim . Memasing tengah kira-kira cukup ke tak duit nak wat balik kampung nih. Nak bayar tol, duit minyak, duit belanja dan yang paling utama nak bayar duit LEMBU yang nak dikorbankan. Dah la raye ujung bulan lak tu. Mane2 yang ade wife/husband yang dapat gaji awal (around 21st - 27th every month) mungkin boleh tarik nafas lega la, tp tak jugak sebab duit gaji wife/husben dah digunakan untuk bayar hutang2 yang perlu dilangsaikan tetiap bulan before end of the month..

Haihh...

Tetiba pas lunch tadi aku dpt satu email, dgn creativenye kak Na create satu email rentetan perihal gaji..baik punye dia send email tu, siap CC kt Financial Manager ngn Financial Controller.
Tapi aku rase kalo dia CC ke Big Boss pun terbaek gak..hahaha

menghitung hari...bila mau dapat gaji!! :(

Saturday, November 21, 2009

Kerja...Kerja...Kerja...

Selagi belom tutup mate, kerja..kerja..kerja...tu dialog dalam filem P.Ramlee. Filem ape aku pun dah lupe. Kenapa perlu kerja? Nak dapat duit la. Tak de duit camane nak hidup? ngan hasil titik peluh kita bekerja tu lah kita gunakan untuk survive dan support hidup.

Lately, aku memang sangatla malas nak bekerja. Dah tak de hati nak pegi kerja. Kalau boleh nak waktu mlm yang panjang, bole tido lama tak payah bangun pegi kerje. Kalau pegi keje pun aku rase kerana terpaksa. Semalam aku tak masuk opis lagi. Keraskan hati tak mau pegi keje so aku sambung tido. Kalau pegi keje pun bukan ade keje, dok melangut kat opis, surfing sane sini sampai dah tak tau nak surfing ape lagi dah..BOSAN ngn rutin yang macam tu. Hari-hari tu la keje aku.

Ade lagi satu sebab kenapa aku malas nak pegi keje. Sebabnye, kt opis tu ade org yang aku tak suke..huh, siyes tak bole tgk muka dia dan aku hari2 mendoakan dia tak akan masuk opis awal2 pagi.Kalo masuk pun biarla kejap je then blah r semula. Ntah la kenape aku tak suke dgn dia, tapi yang pasti start 1 st day aku keje sane and tgk muke dia, aku dah rase yang aku tak boleh blah ngn dia. Dia ni bossy sangat, sume bende nak suruh orang. Sampaikan nak print quotation yang sekeping tu pun dia boleh email kt aku suruh aku print, dia boleh duduk goyang kaki pi isap rokok kat bawah. Abis rokok sebatang dengan muke macam %$@# leh tanye aku ' you dah print belom?' hampeh betol.

Lagi satu dia ni tak reti nak update orang,time ade tender dia kerah aku macam hape, siap bagi dateline, bila aku dah siapkan rupa2nya tender tu withdrawn tanpa bgtau ape2 kat aku. Ape korang rase? Korang dah bersusah payah siapkan sampai 10 file, tunggu nak submit, then tiba hari submition dia tak masuk ofice, call2 tak dapat, bila call PM baru aku dapat tau tender tu cancel. Macam sampah r..

Dia gak penah tuduh aku menyebabkan tender yang disubmit kene reject. Siap panggil sume tender team konon nak kate ade mistake dalam submition and mistake adalah sebab aku tak letak no. tender. Huh,silap la beb, gua ade bukti no tender gua letak, dalam folder tender yang wa buat sume ade wa save dlm PC ok! dia kate no yang aku letak adalah no yang salah!, aku jawab balik aku xtau la no tu salah ke tak yang pasti no. tu aku dapat dari dia, dia yang bagi. Tapi, dia nak menafikan lagi yang kononnye dia xde bagi ape2 no rujukan kat aku sebab dia check email, dia xde send anything. Aku balas balik r, ' memang r U tak de bagi email, tapi U tulis kat kertas, nak tgk ke kertas tu? I ade simpan dalam ofis copy punye file?'. Terkulat2 muke macam kerang busuk! Nak tuduh aku konon. Hello, Kau sendiri pun tak penah bace tender requirement pastu sesuke hati kau nak salahkan orang. Kalau bukan aku yang alert pasal no rujukan tender tu, kau sendiri pun tak tau!. untuk makluman korang, setiap tender yang kitorang participate ade no rujukan tender yang akan digenerate oleh sistem ePerolehan kerajaan. So, bila nak submit dokumen tender, pada sampul tender kontraktor kene letakkan no. rujukan yang diberi if not tender akan reject. Sebenarnye, tender2 yang sebelom ni pun memang ade no. rujukan ePerolehan, tapi disebabkan aku yang compile semua dokumen and aku juga la yang buat submition (walaupun ni bukan keje hakiki aku) aku dah save awal2 lagi no rujukan tender tu and dia sendiri tak penah alert tentang semua ni. Dia tak tau pape, yang dia tau bila dia masuk opis semua dah siap.

Tu lah antara sebab2 kenape aku tak nak pegi keje. Sebab ade makhluk yang perangai macam tu la buatkan hati aku dah mati utk keje. Aku berharap moga-moga aku diberikan rezeki ditempat lain. Aku nak cube peluang baru, tempat baru, orang baru, suasana baru senang kate serba serbi baru la.

Korang-korang, ade any vacancy tak. Do inform me la eh. I need another job. Desperado dah nih! :(

Thursday, November 19, 2009

update juge akhirnya

ooohhhhh....sangatla lama tak update blog..tak de idea untuk menaip blog sebenarnye dan juge masih belom ade skill untuk menjadi seorang pencerita yang pandai bercerita.

Tak mau cerita panjang2, aku ringkaskan seringkas ringkasnye ape yang patut.

This month dah genap 8 bulan usia perkahwinan kami. Ape yang boleh dikatakan aku sgt happy dan bersyukur dengan ape yg ALLAH bagi. Suami yang penyayang, baik hati, sangat memahami,bertolak ansur, ape lagi yg aku nak semua ade pada dia walaupun kadang2 dia ni tak nak dengar kate and suke wat aku marah (utk certain things saje - tp aku yg terlebih emo sebenarnye).

Hari ni juge aku dh 20 weeks pregnant (5 bulan sudah). Alhamdulillah, sepanjang tempoh ni aku tak de sebarang alahan ataupun muntah2 seperti mana dialamai oleh sebahagian ibu2 mengandung yang lain. Cume pada peringkat awal aku asik demam2 dan juge mengalami sindrom MALAS. Sindrom malas tu masih lagi bermaharajalela sampai la sekarang nih. Yang paling best adalah sindrom malas nak pegi keje dan nasib memangla tersangat menyebelahi aku sebabnye tiap kali pegi klinik utk mintak MC bukan sehari MC yg aku dapat tapi doktor bagi 3 hari terus..wowieee sape tak suke kan boleh bersenang lenang dirumah..hehehe itulah kelebihan ibu mengandung.saye sukeee!
p/s: MC 3 hari yg aku dpt tu adalah MC yg betol2 sakit eh, sakit kepala je pun, create la some story sikit kt doktor tu, gedebuk gedebak..'oke, i bg u 3 hari MC utk rehat kat rumah', korg nak tau tak klinik mane aku pg? sms me oke ;)

Last two weeks aku and nas pegi window shopping utk barang2 baby. Kitorg ajak Pami n Nany sebagai pakar rujuk disamping pengikut setia kami si Aby merangkap mr. photographer of the day. benda pertama yang kitorg survey adalah stroller. sambil tu, survey jugak barang2 lain ; botol susu (byk jenis botol susu rupenye), babycot, tapi sepanjang hari tu kitorg totally tengok stroller je.sampaikan dah blk umh nas masih lg dok memikirkan stroller jenis ape yg nak dibeli and in his mind always appeared stroller quinny Zapp. Tu la yg menjadi perdebatan kitorg. Quinny tak banyak function, cannot recline (camane baby nak tdo?), tak de shopping basket (kalo dia nk hangkut beg botol susu baby oke la), pastu cm tak kukuh je. hmmm...aku boleh agreed quinny ni sgtla kecik bila fold dan tak makan space kt bonet kete (memandangkan bonet kete aku kecik) tapi sgt tak practical utk baby la. so until now kami masih lagi belom ade solutions utk stroller. Umi and Walid berdebat la byk mane pun still end up ngn xde solutions.

Baby is coming up. Can't wait for Him. :)

Friday, June 26, 2009

hepi birthday to ME !

HAPPY BIRTHDAY TO ME!
yes, today is my birthday :)
ape yang aku dapat sempena birthday aku kali ni?
Birthday kali ni, aku rasa sangat hepi coz everyone remember my birthday
banyak dpt ucapan dan doa2 dari mereka..
start pukul 12 tghmlm, aku disurprisekan dengan lagu happy birthday, dari sape lagi kalau bukan kekasih hatiku a.k.a my hubby dan birthday song diiringi dengan sekeping birthday kek
(sekeping pun dh kira oke,kalo byk nnt tak abes pulak since aku berdua je kt umh ni)..sgt touching sbb xpernah pulak dia buat mcm ni kat aku..siap dengan ucapan lagi dia bagi, akan aku semat dalam hati dan ingat sampai bila2.
then, baru je td aku dapat hadiah dari dia, aku pun tak sangka jugak akn dapat hadiah sebenarnye (tp dalam hati mengharapkan la jugak hehehe). sebelum ni tgk dia saje je, macam tade ape2 yg berlaku hari ni (hello, today is my birthday oke!)huh..memangla dh sgt frust,BUT..
tibe2 aku terpandang sumthing kt atas keja mkn tp aku pun buat2 tak tau jugak..berlakon konon2 tak nmpak kotak tu (dah alang2 dia ckp aku pelakon terbaekkan, so aku belakon la huhu)..aku terus duduk tgk Tv, sampaila dia tegur 'ayang xnak mkn ke? (kebetulan aku baru lepas masak) aku jawabla, 'nnt la dulu nak tengok tv'.hahha dia xpuas hati agaknye..then dia tanya aku lagi, ' kat atas meja tu ade ape?'. aku buat2 jeling kt meja, 'ooo tu majalah ngn toiletries, br beli tadi'. dia xpuas hati lagi ' tak la yang cam dlm kotak tu ape?'. 'laa..kotak tisu la, ape lagi?ade kotak lain ke kt situ?' hahaha senyap dh dia..ngh carik idea la tu..
pastu dia mintak aku tolong amikkan 'kotak tisu' yg aku mentioned tu, aku cakap aku mls nak bgn aku suh dia amik sendiri..ehehe...
then dia pun bangunla pegi amik 'kotak tisu' tu kemudian bagi kat aku..SURPRISED!!..saye dapat adiah..weehoooo...adiah ni pun tak disangka-sangka since dia sndr penah ckp, jangan harapkan ape2 dari dia..
eceli, dia pun pelakon terbaek gak sebenarnye sebab aku sendiri pun tak boleh nak bace gerak geri dia kan..ehehehe..
sangat2 berterima kasih kat dia yg bersusah payah menyediakan hadiah untuk aku..
untuk kawan2 sume, terima kasih banyak2 diatas doa dan ingatan korang. sape yang belanje kek tadi?terima kasih banyak2, kek tu sedap..:)

Monday, May 11, 2009

migrain oh migrain

last week (sabtu) adalah hari paling tak best bg aku.migrain menyerang aku tibe2.memangla tibe2 kan,dia nk dtg xde bagi warning punye..sblm ni ade juge la saket kepala, tapi xde la terok mcm hari tu..tobat dah..pasni dh xnak marah2,tak nak pke bukan2 lagi..*en. kepala tlgla jgn bebankan saye dgn bermacam2 persoalan dan juge masaalah ok?
Rasa saket dr bgn tdo smpaila tgh mlm.tapi tghari tu sempat lg la pegi kenduri umah kazen Nas kt Bangi.terpaksa bertahan walaupun saket sbb mase ni masih xckp ngn Nas yg aku tgh saket kepala. then bila dh sampai sane, tgh mkn aku sempat cuit Nas, aku ckp pas mkn aku nk terus blk.dia tanye nape, aku jwb aku saket kepala, dh xbole thn sgt. Siyes mmg dh xbole tahan. rase nak muntah balik sume yg aku mkn tu.kt dlm kete nak tdo pun tak bole.ntahla, sejak dua menjak nih, kalo aku tdo dlm kete, bila bgn nnt sure mabuk, nak muntah bagai.so, nak elak sume tuh, aku bertahankan saje, sampai je kt umh, mmg terus cr ubat tahan sakit and tido. dengan harapan bila aku terjage nnt kepala dh oke.tapi tak jugak, bgn dari tdo sememangnye masih sakit, malah makin terok.rase macam ade batu dlm kepala. Tido xlena, pusing kanan xkene, pusing kiri lg la tak kene.
Then dia bawak pi klinik untuk amik ubat.Dr check, Dr kate aku ni stress..so Dr nasehatkan jgn terlalu banyak berfikir. kene rehat2kan kepala.blk dari klinik aku dpt nasehat free je dr Nas.dia kate aku ni terlampau emotional sgt, suke fikir bukan2 and cepat sangat naik angin, tulah antara penyebab aku migrain. so pasni dia kate jgn la cepat sgt naik angin, kalau marah tu jgn suke meleret2 and jangan suke fikir bukan2.
*baiklah en. Nas
best jugak jadik org saket nih..hari tu, aku dapat layanan kelas pertama sebagai org saket..hehehe, nak bagi 5 stars kat dia.memang terbaek and superb dia menjaga aku..*terima kaseh banyak2 sebab jage ayang eh. mmmuuaah..hehehe

Tuesday, May 5, 2009

aktiviti dihari cutiku

semalam kami amik cuti.sambung cuti labor day..so, dptla extra 1 day.hehehe..tujuan cuti di amik adalah utk berehat-rehat di umah, TAPI tak jugak. semalam kami pi tgk muvie..cete volwerine - the origin..siyes, cete ni best cam nak tgk lagi..cete ni menceritekan kisah volverine dr awal..ntah la ade org ckp cete dia lari sikit dr cete asal, aku pun xtau sbb aku xbape follow cete Xmen nih..setakat tgk je nk igt tuh mmg tak la..ntah kenape smlm mulut aku byk songeh lak..ngh layan muvie ade je mende nk ditanya..itu la, inila..nape dia jadik cmtu la..xpsl2 kene marah ngn en. nas..hehehe, bak kate dia, ni kalo aby ade nih, kene marah free2 je..tapi smlm hall xramai org, ade bape kerat je..dekat row aku ddk tu, aku 2 org jek depan aku ade la dlm 4-5 org..rasenye ade dlm 10 org je kot..yer la kan..pegi tgk muvie time waktu bekerja, mane la nak ade org..
abes tgk muvie, kami p window soping kt OU..hajat dihati nk la soping 2-3 helai baju kan tapi xde yang beerkenan dihati..so, kesudahannye window soping dapat penat..pss: ade gak la sehelai blouse aku rembat..pastu masuk MPH jap, ntah nak carik ape la suamiku disana..cam jakun jap sbb sememangnye xpenah masuk MPH kt OU nih, br la kitorg tau yg MPH nih 2 tingkat..siap dia ajak naik ke tingkat atas nk tgk ape yg ada kt atas sane..pusing pusing tak de jugak buku yang nk dibeli..haih..penat tau..aku ajak je balik umah..boleh rileks2 sbb mlm nnt nak kuar lagi..
tp perut aku lapo, aku ckp aku lapo nak mkn la..ade ke patut dia ckp dia kenyang lg..adeh..sememangnye xble jadi geng makan aku la..mkn sekali jek dh kenyang..xsimpati betol..
aku ingat ade la dia nk bawak pi makan ke ape tapi tak terus blk umh.adoiyai...kebulur la aku..
sampai umah je, aku suh belikan aku roti, xpe aku mkn roti je la..huhu naseb badan..tapi dia join gak aku makan hampeh tol la, kenyang kunun..
dalam kul 8 camtu kitorg kuar lagi.pegi the curve lak,hehehe ade janji sama org mau pigi makan kat Bubba Gump..hehehe..makan udang..wehoooo..best giler, manyak betol udang. udang kan feveret aku..tapi...aku xenjoy pun sebabnye, aku cm xde selera nk makan.nak kate kenyang mkn roti tak jugak tapi memang dh xbole makan..uwaaaaa, memang rugi xmakan udang banyak2..sadis..xpe lain kali boleh g makan lagi..ajak lagi ramai org..hehee..
abes makan je terus balik umah, jam pun dh dekat pukul 10 kan..badan pun dh penat, perut dh cm xble terima makanan ape lagi yg boleh buat..TIDO time..hehehe
aku tido dulu, membiarkan cik nas layan idung dia yang asik nak bersin je tuh..
p/s : nas nih lain sikit, orang time sejuk leh bersin, dia lak time panas terik boleh bersin.dah cam nak tercabut idung aku tgk..

Tuesday, April 21, 2009

Our Wedding..

Kami dinikahkan pada 13 March 2009 pada jam 9.30 malam. Aku xtau nk ckp camane perasaan aku waktu tu. Mula- mula langkah kaki dalam masjid memang totally tade perasaan..hahha, actually seminggu sblm nikah tu pun aku tade rase ape2..blh tak bayangkan, kurang 24 jam sblm kitorg dinikahkan, aku boleh kuar ngn Hubby lagi..jalan -jalan kat Mall mencari barang..hahaha..pastu siap tanya masing2 nih, dh ready ke belom nak kawen ek..kelakar betol.
Tapi, bila dh start majlis, ayah dtg mintak izin untuk menikahkan aku, time tu baru aku rasa sebak. 1st time aku nampak ayah sebak. Aku xboleh tgk ayah camtu sbb boleh dikatakan aku rapat dgn dia. Nampak mata dia merah and suara dia agak perlahan.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz kami sah sebagai suami isteri. Perasaan...SANGAT GEMBIRA..gembira untuk so many reasons yang tak boleh nak list down kat sini.. :-)
Then, pada hari perandingan...ni dh memang betol2 menguji kesabaran aku..tunggu mak andam puya la lama..aku xtau la dh bape byk kali dh aku call, msh OTW..pale hutak dia..aku dh ckp awal2 fotoshoot start kul 10, jadik dtgla awal yek..tp hampeh..fotographer dh sampai dulu dia masih xsampai2 lg..pkl 11 br nak sampai..aku ade 3 persalinan, sempat ke nak amek dlm mase 2 jam sblm majlis bersanding, dia kate sempat aje..yeah..sempat abes..hasilnya aku termengah2 berkejar kesana sini, posing tak menjadik, badan aku berpeluh2 cam air paip pecah, muka aku pun berpeluh2 cam lari 200m, make up aku tak cantek..sume nye tak kene, aku dah hangin satu badan. Lagi satu yang wat aku marah ngn dia, sblm majlis aku dh hantar baju untuk fitting and dh dtg utk fitting TETAPI...dia tak fitting baju tuh utk kitorg, hasilnya Nas pakai baju besar yang gedoboh giler..padahal mlm akad nikah aku dh bgtau baju utk Nas tu sgt besar, kalo dia pakai mmg akan nampak gedoboh tp mak andam tu blh jawab, 'xpe nnt akak fittingkan' tapi sbnrnye dia xbuat fitting pun..conclusion, aku totally tak puas hati sbb bayar full jugak tade discount. Mmg pas ni aku black list nama mak andam ni utk adek2 aku.
Naseb baik majlis reception kat batu pahat berjalan lancar. Bolehlah mengubat luka majlis kt Lenga tuh..Pakaian aku w/pun tak sarat ngn beads tp sangat nice..Kitorg dpt baju baru, mmg baju tu dijahit khas untuk kitorg ikut design yang kitorg nak, actually aku yg nak design cam tu. untuk majlis receptions ni, Nas monitored semua. Dari hiasan pelamin kat dewan sampaila bilek tido kat umah. Dia akan bagi komen if dia tak puas hati and mak andam ni akan ikut cakap dia sebab dia tau my hubby ni sangat2 cerewet orgnye..hehehe..
Memang penat, sangat penah untuk majlis wedding kami tapi kami bersyukur kerana semua berjalan lancar walaupun ade beberapa perkara yang tidak memuaskan hati kami. Terima kasih pada kawan2 yang sudi menghadirkan diri pada majlis kami.
A lot of thanks to : mawar, noey, pah, yana,dada, as & hairi, roy & solleh, dyan,tawil & wife, azmi & fiance, kiyai & didi, Fahmi, Azuar & Zue, Nizad, Boy, Mas, Upai, Aby & Maria, Alip and Bank Rakyat teams.
*sesiapa yang nama tak disebutkan harap maaf sebab tak boleh nak igt semua

Tuesday, March 3, 2009

10 days to go

Sedar tak sedar tinggal 10 hari je lagi untuk aku bergelas Mrs. NASRUDDIN..so far, sume dah complete (on my side) checklist :
1. mak andam - done
2. baju nikah - done
3.barang hantaran - done
4.kanopy - done
5. catering - done (rewang ngn org2 kampung)
7. cenderahati - done
8.photographer - done
Untuk tema on my side aku pilih hijau as aku suke pada warna hijau..plan asal aku nk hijau cream, but last minit aku tukar hijau putih..barang hantaran sume warna putih, bilik aku nnt akan dihiaskan ngn warna putih campo ijau sikit2 la..pelamin also putih + hijau sikit2..baju aku hijau semestinya (light green) lining cream. on Nas punye side, dia pilih biru tuqoise + putih gak...ehehe ntah nape nak letak putih gak..bak kate amoi tempat aku beli bunga tu ' putih kan suci, sangat cantek ma' hehehe..
Kad sume aku dh distribute dah..kat opismate, kawan2 sume...tinggal nas punye je dia belom kasi..ntah nak tunggu ape ntah dia tuh..tak paham betol la..
Dah tade mood dh ni nk keje..dalam kepala ni igt nak cuti je..actually minggu ni minggu last aku kerje, start this saturday onwards aku start cuti..balik kampung...boleh tolong ape2 yang patut..
weehooo...best nye..
cuti mood...malas keje la...

Wednesday, January 28, 2009

aku menghitung hari..

aku...
aku sedang menghitung hari,excited ade takut pun ade..aku bakal melangkah ke satu fasa baru dlm hidup aku...wife to be to my beloved sweetheart, most wonderfull man i've ever had..we gonna be share our life , our laugh, our sadnes altogeher...
please pray for me..everything gonna be OK..