Selagi belom tutup mate, kerja..kerja..kerja...tu dialog dalam filem P.Ramlee. Filem ape aku pun dah lupe. Kenapa perlu kerja? Nak dapat duit la. Tak de duit camane nak hidup? ngan hasil titik peluh kita bekerja tu lah kita gunakan untuk survive dan support hidup.
Lately, aku memang sangatla malas nak bekerja. Dah tak de hati nak pegi kerja. Kalau boleh nak waktu mlm yang panjang, bole tido lama tak payah bangun pegi kerje. Kalau pegi keje pun aku rase kerana terpaksa. Semalam aku tak masuk opis lagi. Keraskan hati tak mau pegi keje so aku sambung tido. Kalau pegi keje pun bukan ade keje, dok melangut kat opis, surfing sane sini sampai dah tak tau nak surfing ape lagi dah..BOSAN ngn rutin yang macam tu. Hari-hari tu la keje aku.
Ade lagi satu sebab kenapa aku malas nak pegi keje. Sebabnye, kt opis tu ade org yang aku tak suke..huh, siyes tak bole tgk muka dia dan aku hari2 mendoakan dia tak akan masuk opis awal2 pagi.Kalo masuk pun biarla kejap je then blah r semula. Ntah la kenape aku tak suke dgn dia, tapi yang pasti start 1 st day aku keje sane and tgk muke dia, aku dah rase yang aku tak boleh blah ngn dia. Dia ni bossy sangat, sume bende nak suruh orang. Sampaikan nak print quotation yang sekeping tu pun dia boleh email kt aku suruh aku print, dia boleh duduk goyang kaki pi isap rokok kat bawah. Abis rokok sebatang dengan muke macam %$@# leh tanye aku ' you dah print belom?' hampeh betol.
Lagi satu dia ni tak reti nak update orang,time ade tender dia kerah aku macam hape, siap bagi dateline, bila aku dah siapkan rupa2nya tender tu withdrawn tanpa bgtau ape2 kat aku. Ape korang rase? Korang dah bersusah payah siapkan sampai 10 file, tunggu nak submit, then tiba hari submition dia tak masuk ofice, call2 tak dapat, bila call PM baru aku dapat tau tender tu cancel. Macam sampah r..
Dia gak penah tuduh aku menyebabkan tender yang disubmit kene reject. Siap panggil sume tender team konon nak kate ade mistake dalam submition and mistake adalah sebab aku tak letak no. tender. Huh,silap la beb, gua ade bukti no tender gua letak, dalam folder tender yang wa buat sume ade wa save dlm PC ok! dia kate no yang aku letak adalah no yang salah!, aku jawab balik aku xtau la no tu salah ke tak yang pasti no. tu aku dapat dari dia, dia yang bagi. Tapi, dia nak menafikan lagi yang kononnye dia xde bagi ape2 no rujukan kat aku sebab dia check email, dia xde send anything. Aku balas balik r, ' memang r U tak de bagi email, tapi U tulis kat kertas, nak tgk ke kertas tu? I ade simpan dalam ofis copy punye file?'. Terkulat2 muke macam kerang busuk! Nak tuduh aku konon. Hello, Kau sendiri pun tak penah bace tender requirement pastu sesuke hati kau nak salahkan orang. Kalau bukan aku yang alert pasal no rujukan tender tu, kau sendiri pun tak tau!. untuk makluman korang, setiap tender yang kitorang participate ade no rujukan tender yang akan digenerate oleh sistem ePerolehan kerajaan. So, bila nak submit dokumen tender, pada sampul tender kontraktor kene letakkan no. rujukan yang diberi if not tender akan reject. Sebenarnye, tender2 yang sebelom ni pun memang ade no. rujukan ePerolehan, tapi disebabkan aku yang compile semua dokumen and aku juga la yang buat submition (walaupun ni bukan keje hakiki aku) aku dah save awal2 lagi no rujukan tender tu and dia sendiri tak penah alert tentang semua ni. Dia tak tau pape, yang dia tau bila dia masuk opis semua dah siap.
Tu lah antara sebab2 kenape aku tak nak pegi keje. Sebab ade makhluk yang perangai macam tu la buatkan hati aku dah mati utk keje. Aku berharap moga-moga aku diberikan rezeki ditempat lain. Aku nak cube peluang baru, tempat baru, orang baru, suasana baru senang kate serba serbi baru la.
Korang-korang, ade any vacancy tak. Do inform me la eh. I need another job. Desperado dah nih! :(
No comments:
Post a Comment