Wednesday, November 25, 2009

Breastfeed

“…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”

Pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW dan mengaku depan baginda,dia telah berzina hingga melahirkan anak.dia meminta supaya dirinya dihukum sebaliknya,Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahunkemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

Dipetik dari Buku Panduan dan Amalan-amalan Ibu ketika Mengandung.

Kisah di atas menunjukkan yang semua ibu harus menyusukan anak mereka kerana susu ibu mengandungi semua yang bayi perlukan selama 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

Memang aku dan suami merancang untuk breasfeed anak kami nanti memandangkan susu ibu adalah baik untuk baby. Nas sangat2 menggalakkan untuk aku breastfeed. Tapi aku agak risau if aku xmenpunyai susu yang mencukupi untuk breastfeed. Kalau tengok dari pemakanan aku hari-hari rasenye tak menyumbang kepada pengumpulan susu yang banyak lagipun aku sendiri tak mau minum susu. Tengok kotak susu je dah kembang tekak.

Tapi aku memang respect gile kat mommy2 yang berjaya menyusukan anak mereka even sibuk ngn kerja. Ada yang beli breastpump set and pump kat ofis then simpan dlm fridge kemudian bwk balik kasi anak diorg minum. Giler gigih diorg nih. Nak buat macam tu jugak la tapi boleh ke? Doakan untuk aku supaya mempunyai susu yang banyak dan boleh breastfeed baby nanti.

p/s tabik gak kat mak aku dulu sebab hari-hari dia jalan kaki balik umah semata-mata nak breastfeed adik2 aku dan setia melayan karenah adik2 aku yang akan terpa dia mintak susu tiap2 hari time balik keje..*aku suke sebab tak payah nk bancuh susu utk diorg..hehehe, giler malas punye kakak!

p/s untuk mommy2 yang tak berupaya BF, blh try lain kali, kita dah berusaha..Allah yang tentukan..

3 comments:

mrs Fahmi said...

go go...chaiyok!!! chaiyokkk!!...eheheh....ade org ckp, minum susu anmum byk susu

aNaS said...

nani, tiap kali terpandang kotak susu anmum tu kembang je tekak, dah banyak kali Nas pujuk minum tapi tak mau jugak, macamane..

mrs Fahmi said...

try horlicks!!! and of cosss....lobal putih...ngee ngee ngee