Thursday, December 31, 2009

Hari terakhir tahun 2009

Hari ni hari terakhir tahun 2009. Banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun. Seronok dengan hidup baru sebagai Isteri dan bakal menjadi ibu kepada anak kami ( insyaAllah) Sepanjang tempoh 9 bulan usia perkahwinan ni, aku rase akulah manusia yang paling istimewa..cheewwwaahhh..ditatang bagai sang puteri, dibelai dan dimanja bagai anak kecil. Tiade perkataan lain yang boleh digambarkan selain dari AKU BAHAGIA! Bersyukur sangat kepada ALLAH kerana dikurniakan seorang suami seperti dia. InsyaAllah, aku cube untuk menjadi isteri yang baik, isteri yang taat dan patuh walaupun aku rase aku belom cukup sempurna. Tengah berusaha untuk rajin ---> rajin memasak, mengemas umah,jemor baju (ni paling malas nak buat..hehe).


Tahun 2010, mengaharapkan kebahagian ni kekal utk aku. Menanti kelahiran anak kami dan mendoakan agar ianya menjadi seorang anak yang soleh, patuh pada umi dan walid, bijak dan sihat hendaknye.


Plan untuk berholiday + honeymoon (erkkk baru nak honeymoon ke?) akan tercapai..hehehe..mane lokasi? to be determine, bergantung pada budget dan kesesuaian mase memandangkan end of 2010 ade majlis untuk si kembar..


Tunggu komisen yang dah 2 tahun tertangguh ni..bila mau dapat daaa..bonus juge. Dengar kate ade berita baik dari finance, harap2 ini bukan rumours biarlah kenyataan..*pray for it*


Selamat tahun baru untuk semua!

Sunday, December 20, 2009

Tak de sivik langsung!

Hari ni agak emo. Bukan emo pasal ape, emo pasal tengok umat manusia kat malaysia nih tak de sivik. Ade ke patut parking kete merata2, lagi2 kalau pegi area the curve ngn IKANO. Pihak pengurusan dah sediakan parking, gunakan la. Nak bayo duit parking setakat RM 3 tu pun nak berkira ke? Ade yang aku nampak tuh, boleh pegi alihkan kon tepi jalan utk parking kete diorg. Ape punye perangai la. Pakai kete beso boleh, nak bayo tiket parking xde duit ke? Tak paham betolla diorang ni. Dah tu, kalo sikap diorg tu tak menyusahkan org lain xpe, ini makin kasik jalan jam ngn kete2 yg berderet illegal parking kt tepi jalan. Haih..pas ni aku ingat nak tolong scratch kan la kete2 yg berderet kt tepi jalan tu. Bior padan muke diorg. Tu kalo nak marah pun, lantak la kan sape suh menyempitkan laluan dan illegal parking camtu. Kalo dah park camtu memang dengan berbesar hatinye memberi keizinan untuk dijahamkan kete tu ditepi jalan.

Hah, yang bikin jalan jam tu satu hal, ni ade lagi satu hal, org yang drive tau nak cepat je. Tak reti bersabo. dari jauh lagi dah nampak drive cam lipas kudung, selit sane selit sini. Dah tu kalo nak take over line tak reti nak bagi signal lak tu, main masuk jek. Ntah ape yang dikejarnye. Bahaya betol la. Ha..yang ni plak aku ingat nak sediakan lastik burung dalam kete, aku nak lastik driver tuh. Tak de adab memandu betol. Kadang2 aku nak sangat tgk org2 yg cam ni eksiden (aku tau tak elok mendoakan untuk keburukan org lain) pastu aku nak keluar kete and pegi cakap kat dia " ello, yg ni ke yg awak kejarkan? Bawak kete laju2 selit sane sini semata nk dpt penyakit?" pastu cakap PADAN MUKE!

Huh..tu la aku, kalo dah emo sangat memangla buruk. ntah pape ntah..

*org Malaysia memang low sivik diatas jalan raya.

Thursday, December 17, 2009

Lunching @ Bangsar Seafood Restaurant

Semalam, 16 December 2009 aku dan office team lunching at Bangsar Seafood. Rezeki kami sebab ade supplier nak belanje makan. Sesape yang penah pegi tempat ni mesti tau menu ape yang menarik kat sini. Butter Crab kat sini sangatla menyelerakan. Tersangatla sedap. Tapi....bukan untuk kali ni kerana mase lunch semalam sangatla mendukacitakan. Butter Crab idaman semua dah tak seperti dulu. Kurengggg..serba serbi. Mase dihidangkan pun aromanya takde menyengat sangat. Tak macam 2 thn lepas (hukhuk..punye la lama dh xpegi mkn sini). Fried bun dia pun dah kecik, pun tak besar cam dulu. Kalo cam aku yg ngh gila nak makan ni, jgn kate sepuloh 20 bijik pun tak cukup la.hehehe...

Antara menu lunch kitorg semalam adalah :


1. Chef Appetizer of the Day - ada 4 jenis makanan dalam satu pinggan besar which is aku rase yang ni je la yg agak sedap sikit.

2. Shark Fin Soup with Crab Meat - not bad la

3. Boneless Chicken with Orange Sauce and Crisp Lotus Root - rase masam sebab berperisa lemon. Pada aku tak sedap since pregnant ni tak bape suke makan ayam.

4. Garoupa Fish with Bitter Gourd and Bean Sauce - Masakan ni failed la, xsedap langsung.

5. Wok Fried Prawn with Tomatoes Sauce - Boleh tahan la, tp udang tak fresh

6. Assorted Green with Crispy Cuttle Fish - xtau la pe rase dia sebab aku tak mkn langsung yg ni.

7. Work Fried Rice with Garlic - Sedap :)

8. Black Glutinous Rice with Ice Cream - Pulut itam dia keras..aku makan ice cream je..

9. Sea Coconut with Longan - yang ni memang terbaek..hehehe sebab aku suke sea coconut.

10. Butter Crab as Additional + Fried Bun - seperti aku cakp tadi, memang dah tak best.

2 tables with 17 pax tapi itupun ade yang tak datang minus 2 org consultant yang konon2nye vege tu ( boleh ke diorg kate diorg rase bersalah nak makan tu sume, isk..isk..isk sangatla ruginye mereka2 ini).Walaupun ade yang tak datang + org yang kuat makan cam aku ni, makanan still byk yg xabes. Ape lagi walaupun tak sedap bab2 menapaw ni mesti..tapaw utk makan malam...jimat mase dan tenaga aku yang dah sememangnye tengah malas sekarang ni...hehehe...


Bawak balik umah kasik nas makan, dengan selambanye dia kate ' xsedap la. Lepas nih tak payah la B nak bawak ayang g makan sini ek'..ceh..saje je tu nak mengelak,xsedap2 pun abes licin gak crab tu dia balon...


So, lepas2 ni memang akan di blacklist la untuk makan kat sini lagi. Dengar2 ade satu restoran seafood menarik kat TTDI. Restoren Muhibbah. Boleh try la lepas ni.hehehe..sebelum kene sekat makan selama 40 hari, baik aku menggunakan mase yang ade ni utk makan sebaik mungkin. Lantakla org nak kate gemuk ke ape, yang penting makan..(heh, gemuk ke aku?)


adios...

*gambar2 tak sempat nak upload..next time la ek..



Tuesday, December 8, 2009

something like kicking and punching inside my belly

Sejak kebelakangan ni, aku terasa seperti something dalam perut.something like kicking and punching..adekah itu menunjukkan pergerakan si baby didalam?hmmm..1st time experince, kene tanya pada yg pakar ni.

Cetenye bermula begini, seawal pagi selepas solat subuh aku cube untuk tido semula tetapi tak boleh sebab terasa something dalam perut. Rase macam suatu pergerakan cam gelombang then tiba2 ade bende seperti menendang perut ni.Hmmm..i was wondering, banyak angin ke perut aku nih?Aku buat tak kisah sgt, tapi keadaan berlarutan...dalam sehari 2-3 kali juge la rase ade tendangan.

Pada hari kedua, juge terasa bende yang sama tapi kali ni, aku try letak tgn diperut dan tendangan boleh terasa pada tangan aku. Then aku amik tgn Nas nak suh dia rase and dia cakap dia pun ade rase.hmmm

Ketika entry ni ditulis, aku masih juge terasa seperti ade beberapa tendangan didalam. Masih lagi confused.

*haih...mase belom terasa dulu,giler nak merasa..bila dah terasa, cam tak percaya..
kalau betolla ape yg berlaku didalam adalah pergerakan baby...hmmm
*hai baby, aktifnye kamu...tak kesian umi ke..*

p/s : tak sabar utk next check up this thursday.nak tgk anak umi yg nakal tu..
p/ss : walid, jom pi wat 3D/4D scan..cam excited je nih..

Sunday, December 6, 2009

Good news from the twins

Morning all!(time : 10.12 am dikala entry ni ditulis), kali ni aku berblog dari kampung. Berguna jugak CELCOM broadband ni, dekat tempat jin bertendang ni pun ade coverage..hehehe

Balik kampung kali ni aku dpt good news dari mak, si twins nak bertunang..twins ni adik aku no 2..kembar yang pertama, 2nd twins baru form 4.hmmm..mak cakap diorg ni memasing dah mintak mak pegi merisik cinta hati diorg.haih..mentang2 la kembar, nak kawen pun boleh same ke..tapi si adik (Cik) mintak mak jalankan dulu urusan merisik untuk si abang (Cak). Bila dah settle Cak punya urusan baru tumpukan pada Cik pulak.

InsyaAllah,kalau xde ape2 aral dalam bln 12 ni jugak mak akan pergi merisik mebi meminang sekali untuk Cak dan Cik akan follow next Chinese New Year.Dan juge InsyaAllah majlis akan diadakan next year before ayah pencen.Majlis serentak untuk si Kembar!

*Haih, dlm perut dok sama2 nak kawen pun dok satu pelamin gak..

Wednesday, December 2, 2009

my pregnancy : 22 weeks

Minggu ni dah masuk 22 weeks pregnancy. Tiade banyak sangat perkembangan. Perut sudah mula membesar tapi masih kelihatan kecik untuk pregnancy yang sudah berusia 5 bulan (mommy kecik perut harusla kecik juge ;) ) Tabiat nak makan pun sudah menjadi-jadi. Pantang nampak ape yg org makan aku pun nak jugak. Rela pegi Giant beli bahan2 then masak kt umah. Sian kat Nas sbb dia kene ikut selera ibu mengandung.

Orang kate dah masuk 5 bulan dah bole rase baby bergerak tapi sehingga hari ni masih lagi belom rase sebarang pergerakan baby. Tapi setiap kali pegi check up, dokter kata baby sihat dan aktif didalam. Baby ni malas agaknye, same cam mak dia ;)..
nasihat utk baby : baby janganla malas2 oke, walid tak sabar nk tgu baby bergerak2, umi juge!

p/s : umi dah rase cramp kaki skrg.adoiii...

Dibawah ni aku tempek sedikit informasi tentang 22 weeks pregnant. sumber dari babycenter.com.

How your baby's growing:

At 11 inches (the length of a spaghetti squash) and almost 1 pound, your baby is starting to look like a miniature newborn. His lips, eyelids, and eyebrows are becoming more distinct, and he's even developing tiny tooth buds beneath his gums. His eyes have formed, but his irises (the colored part of the eye) still lack pigment. If you could see inside your womb, you'd be able to spot the fine hair (lanugo) that covers his body and the deep wrinkles on his skin, which he'll sport until he adds a padding of fat to fill them in. Inside his belly, his pancreas — essential for the production of some important hormones — is developing steadily.

How your life's changing:

At this point, you may find your belly becoming a hand magnet. It's perfectly okay to tell folks who touch your tummy that you'd rather they didn't. And if people are telling you that you look smaller or bigger than you should at this point, remember that each woman grows — and shows — at her own rate. What's important is that you see your practitioner for regular visits so she can make sure your baby's growth is on track.You may start to notice stretch marks on your abdomen as it expands to accommodate your growing baby. At least half of all pregnant women will develop stretch marks by the time they give birth. These small streaks of differently textured skin can range from pink to dark brown (depending on your skin color). Although they most commonly appear on your tummy, stretch marks may also show up on your buttocks, thighs, hips, and breasts. There's no proof that lotion helps prevent stretch marks, but keeping your skin moisturized may help with any itching

p/s :saye tak de strecth mark lagi and hopefully takkan ade *bole ke*