Thursday, December 17, 2009

Lunching @ Bangsar Seafood Restaurant

Semalam, 16 December 2009 aku dan office team lunching at Bangsar Seafood. Rezeki kami sebab ade supplier nak belanje makan. Sesape yang penah pegi tempat ni mesti tau menu ape yang menarik kat sini. Butter Crab kat sini sangatla menyelerakan. Tersangatla sedap. Tapi....bukan untuk kali ni kerana mase lunch semalam sangatla mendukacitakan. Butter Crab idaman semua dah tak seperti dulu. Kurengggg..serba serbi. Mase dihidangkan pun aromanya takde menyengat sangat. Tak macam 2 thn lepas (hukhuk..punye la lama dh xpegi mkn sini). Fried bun dia pun dah kecik, pun tak besar cam dulu. Kalo cam aku yg ngh gila nak makan ni, jgn kate sepuloh 20 bijik pun tak cukup la.hehehe...

Antara menu lunch kitorg semalam adalah :


1. Chef Appetizer of the Day - ada 4 jenis makanan dalam satu pinggan besar which is aku rase yang ni je la yg agak sedap sikit.

2. Shark Fin Soup with Crab Meat - not bad la

3. Boneless Chicken with Orange Sauce and Crisp Lotus Root - rase masam sebab berperisa lemon. Pada aku tak sedap since pregnant ni tak bape suke makan ayam.

4. Garoupa Fish with Bitter Gourd and Bean Sauce - Masakan ni failed la, xsedap langsung.

5. Wok Fried Prawn with Tomatoes Sauce - Boleh tahan la, tp udang tak fresh

6. Assorted Green with Crispy Cuttle Fish - xtau la pe rase dia sebab aku tak mkn langsung yg ni.

7. Work Fried Rice with Garlic - Sedap :)

8. Black Glutinous Rice with Ice Cream - Pulut itam dia keras..aku makan ice cream je..

9. Sea Coconut with Longan - yang ni memang terbaek..hehehe sebab aku suke sea coconut.

10. Butter Crab as Additional + Fried Bun - seperti aku cakp tadi, memang dah tak best.

2 tables with 17 pax tapi itupun ade yang tak datang minus 2 org consultant yang konon2nye vege tu ( boleh ke diorg kate diorg rase bersalah nak makan tu sume, isk..isk..isk sangatla ruginye mereka2 ini).Walaupun ade yang tak datang + org yang kuat makan cam aku ni, makanan still byk yg xabes. Ape lagi walaupun tak sedap bab2 menapaw ni mesti..tapaw utk makan malam...jimat mase dan tenaga aku yang dah sememangnye tengah malas sekarang ni...hehehe...


Bawak balik umah kasik nas makan, dengan selambanye dia kate ' xsedap la. Lepas nih tak payah la B nak bawak ayang g makan sini ek'..ceh..saje je tu nak mengelak,xsedap2 pun abes licin gak crab tu dia balon...


So, lepas2 ni memang akan di blacklist la untuk makan kat sini lagi. Dengar2 ade satu restoran seafood menarik kat TTDI. Restoren Muhibbah. Boleh try la lepas ni.hehehe..sebelum kene sekat makan selama 40 hari, baik aku menggunakan mase yang ade ni utk makan sebaik mungkin. Lantakla org nak kate gemuk ke ape, yang penting makan..(heh, gemuk ke aku?)


adios...

*gambar2 tak sempat nak upload..next time la ek..



Tuesday, December 8, 2009

something like kicking and punching inside my belly

Sejak kebelakangan ni, aku terasa seperti something dalam perut.something like kicking and punching..adekah itu menunjukkan pergerakan si baby didalam?hmmm..1st time experince, kene tanya pada yg pakar ni.

Cetenye bermula begini, seawal pagi selepas solat subuh aku cube untuk tido semula tetapi tak boleh sebab terasa something dalam perut. Rase macam suatu pergerakan cam gelombang then tiba2 ade bende seperti menendang perut ni.Hmmm..i was wondering, banyak angin ke perut aku nih?Aku buat tak kisah sgt, tapi keadaan berlarutan...dalam sehari 2-3 kali juge la rase ade tendangan.

Pada hari kedua, juge terasa bende yang sama tapi kali ni, aku try letak tgn diperut dan tendangan boleh terasa pada tangan aku. Then aku amik tgn Nas nak suh dia rase and dia cakap dia pun ade rase.hmmm

Ketika entry ni ditulis, aku masih juge terasa seperti ade beberapa tendangan didalam. Masih lagi confused.

*haih...mase belom terasa dulu,giler nak merasa..bila dah terasa, cam tak percaya..
kalau betolla ape yg berlaku didalam adalah pergerakan baby...hmmm
*hai baby, aktifnye kamu...tak kesian umi ke..*

p/s : tak sabar utk next check up this thursday.nak tgk anak umi yg nakal tu..
p/ss : walid, jom pi wat 3D/4D scan..cam excited je nih..

Sunday, December 6, 2009

Good news from the twins

Morning all!(time : 10.12 am dikala entry ni ditulis), kali ni aku berblog dari kampung. Berguna jugak CELCOM broadband ni, dekat tempat jin bertendang ni pun ade coverage..hehehe

Balik kampung kali ni aku dpt good news dari mak, si twins nak bertunang..twins ni adik aku no 2..kembar yang pertama, 2nd twins baru form 4.hmmm..mak cakap diorg ni memasing dah mintak mak pegi merisik cinta hati diorg.haih..mentang2 la kembar, nak kawen pun boleh same ke..tapi si adik (Cik) mintak mak jalankan dulu urusan merisik untuk si abang (Cak). Bila dah settle Cak punya urusan baru tumpukan pada Cik pulak.

InsyaAllah,kalau xde ape2 aral dalam bln 12 ni jugak mak akan pergi merisik mebi meminang sekali untuk Cak dan Cik akan follow next Chinese New Year.Dan juge InsyaAllah majlis akan diadakan next year before ayah pencen.Majlis serentak untuk si Kembar!

*Haih, dlm perut dok sama2 nak kawen pun dok satu pelamin gak..

Wednesday, December 2, 2009

my pregnancy : 22 weeks

Minggu ni dah masuk 22 weeks pregnancy. Tiade banyak sangat perkembangan. Perut sudah mula membesar tapi masih kelihatan kecik untuk pregnancy yang sudah berusia 5 bulan (mommy kecik perut harusla kecik juge ;) ) Tabiat nak makan pun sudah menjadi-jadi. Pantang nampak ape yg org makan aku pun nak jugak. Rela pegi Giant beli bahan2 then masak kt umah. Sian kat Nas sbb dia kene ikut selera ibu mengandung.

Orang kate dah masuk 5 bulan dah bole rase baby bergerak tapi sehingga hari ni masih lagi belom rase sebarang pergerakan baby. Tapi setiap kali pegi check up, dokter kata baby sihat dan aktif didalam. Baby ni malas agaknye, same cam mak dia ;)..
nasihat utk baby : baby janganla malas2 oke, walid tak sabar nk tgu baby bergerak2, umi juge!

p/s : umi dah rase cramp kaki skrg.adoiii...

Dibawah ni aku tempek sedikit informasi tentang 22 weeks pregnant. sumber dari babycenter.com.

How your baby's growing:

At 11 inches (the length of a spaghetti squash) and almost 1 pound, your baby is starting to look like a miniature newborn. His lips, eyelids, and eyebrows are becoming more distinct, and he's even developing tiny tooth buds beneath his gums. His eyes have formed, but his irises (the colored part of the eye) still lack pigment. If you could see inside your womb, you'd be able to spot the fine hair (lanugo) that covers his body and the deep wrinkles on his skin, which he'll sport until he adds a padding of fat to fill them in. Inside his belly, his pancreas — essential for the production of some important hormones — is developing steadily.

How your life's changing:

At this point, you may find your belly becoming a hand magnet. It's perfectly okay to tell folks who touch your tummy that you'd rather they didn't. And if people are telling you that you look smaller or bigger than you should at this point, remember that each woman grows — and shows — at her own rate. What's important is that you see your practitioner for regular visits so she can make sure your baby's growth is on track.You may start to notice stretch marks on your abdomen as it expands to accommodate your growing baby. At least half of all pregnant women will develop stretch marks by the time they give birth. These small streaks of differently textured skin can range from pink to dark brown (depending on your skin color). Although they most commonly appear on your tummy, stretch marks may also show up on your buttocks, thighs, hips, and breasts. There's no proof that lotion helps prevent stretch marks, but keeping your skin moisturized may help with any itching

p/s :saye tak de strecth mark lagi and hopefully takkan ade *bole ke*

Thursday, November 26, 2009

Keterujaan menjadi ayah

Setiap hari selepas balik keje Nas akan berbual ngn 'anak' dia (excited nak jadi ayah!) . Instead sepatutnye akula yang seharusnya banyakkan cenversation with the baby. Seronok bila tgk dia berbual2.

' Hai Baby! baby sihat harini? ada kacau umi tak? jangan kacau umi tau, kesian umi nak wat keje, nanti dia penat.' ----> time dia balik keje.

'Baby, jangan kawan umi, dia ngh marah ngn walid. Baby kawan ngn walid je tau. Kita tag team 2 org. Nanti kita g jalan2 jgn ajak umi. Kita tinggal umi sorang2.' -----> ni kalau aku ngh marah ngn dia la.

'Baby, jangan nakal2 tau, walid nak g main futsal nih. ' -----> tiap kali nak keluar g futsal.

Memang tak sabar nak tunggu baby ni keluar. Hope everythings gonna be fine. Nanti Nas bolehla main2 ngn anak dia, boleh ajar main futsal..ehehehe..

*Rase-rasenye lepas nih entry agak membosankan la untuk orang bujang sebabnye nak cerite pasal parenthood..ceewaahhh.

Wednesday, November 25, 2009

Breastfeed

“…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”

Pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW dan mengaku depan baginda,dia telah berzina hingga melahirkan anak.dia meminta supaya dirinya dihukum sebaliknya,Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahunkemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

Dipetik dari Buku Panduan dan Amalan-amalan Ibu ketika Mengandung.

Kisah di atas menunjukkan yang semua ibu harus menyusukan anak mereka kerana susu ibu mengandungi semua yang bayi perlukan selama 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

Memang aku dan suami merancang untuk breasfeed anak kami nanti memandangkan susu ibu adalah baik untuk baby. Nas sangat2 menggalakkan untuk aku breastfeed. Tapi aku agak risau if aku xmenpunyai susu yang mencukupi untuk breastfeed. Kalau tengok dari pemakanan aku hari-hari rasenye tak menyumbang kepada pengumpulan susu yang banyak lagipun aku sendiri tak mau minum susu. Tengok kotak susu je dah kembang tekak.

Tapi aku memang respect gile kat mommy2 yang berjaya menyusukan anak mereka even sibuk ngn kerja. Ada yang beli breastpump set and pump kat ofis then simpan dlm fridge kemudian bwk balik kasi anak diorg minum. Giler gigih diorg nih. Nak buat macam tu jugak la tapi boleh ke? Doakan untuk aku supaya mempunyai susu yang banyak dan boleh breastfeed baby nanti.

p/s tabik gak kat mak aku dulu sebab hari-hari dia jalan kaki balik umah semata-mata nak breastfeed adik2 aku dan setia melayan karenah adik2 aku yang akan terpa dia mintak susu tiap2 hari time balik keje..*aku suke sebab tak payah nk bancuh susu utk diorg..hehehe, giler malas punye kakak!

p/s untuk mommy2 yang tak berupaya BF, blh try lain kali, kita dah berusaha..Allah yang tentukan..

Tuesday, November 24, 2009

gaji punye cerite

Start dari minggu lepas lagi isu ni hangat diperkatakan oleh geng2 bekpes aku..hehehe. Senang kate bila sebut GAJI je memasing akan mula membuat spekulasi sendiri. Bos tak mau bagi gaji awal kt staff pasai ape? Dia kate kalo bg gaji awal nnt duit cepat abes! Lorh, bila dh dpt gaji, staff tau la ape nak dibuat ngn duit diorg tuh, bos2 nih tak payah la risau duit cepat abes ke ape bukannye lepas tu staff mintak bos bagi gaji sekali lagi. Hadoiii, ade gak bos yg cam ni ek?

Bulan ni pulak ade perayaan. Nak raye gaji xdapat lagi. Ape kes??? Almost staff semua nye Muslim . Memasing tengah kira-kira cukup ke tak duit nak wat balik kampung nih. Nak bayar tol, duit minyak, duit belanja dan yang paling utama nak bayar duit LEMBU yang nak dikorbankan. Dah la raye ujung bulan lak tu. Mane2 yang ade wife/husband yang dapat gaji awal (around 21st - 27th every month) mungkin boleh tarik nafas lega la, tp tak jugak sebab duit gaji wife/husben dah digunakan untuk bayar hutang2 yang perlu dilangsaikan tetiap bulan before end of the month..

Haihh...

Tetiba pas lunch tadi aku dpt satu email, dgn creativenye kak Na create satu email rentetan perihal gaji..baik punye dia send email tu, siap CC kt Financial Manager ngn Financial Controller.
Tapi aku rase kalo dia CC ke Big Boss pun terbaek gak..hahaha

menghitung hari...bila mau dapat gaji!! :(