Thursday, November 26, 2009

Keterujaan menjadi ayah

Setiap hari selepas balik keje Nas akan berbual ngn 'anak' dia (excited nak jadi ayah!) . Instead sepatutnye akula yang seharusnya banyakkan cenversation with the baby. Seronok bila tgk dia berbual2.

' Hai Baby! baby sihat harini? ada kacau umi tak? jangan kacau umi tau, kesian umi nak wat keje, nanti dia penat.' ----> time dia balik keje.

'Baby, jangan kawan umi, dia ngh marah ngn walid. Baby kawan ngn walid je tau. Kita tag team 2 org. Nanti kita g jalan2 jgn ajak umi. Kita tinggal umi sorang2.' -----> ni kalau aku ngh marah ngn dia la.

'Baby, jangan nakal2 tau, walid nak g main futsal nih. ' -----> tiap kali nak keluar g futsal.

Memang tak sabar nak tunggu baby ni keluar. Hope everythings gonna be fine. Nanti Nas bolehla main2 ngn anak dia, boleh ajar main futsal..ehehehe..

*Rase-rasenye lepas nih entry agak membosankan la untuk orang bujang sebabnye nak cerite pasal parenthood..ceewaahhh.

Wednesday, November 25, 2009

Breastfeed

“…. dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu. Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Janganlah menjadikan seorang ibu menderita kerana anaknya. Dan waris-waris juga menanggung kewajipan tersebut jika si bapa tiada”

Pada satu masa, ada sorang wanita berjumpa Rasulullah SAW dan mengaku depan baginda,dia telah berzina hingga melahirkan anak.dia meminta supaya dirinya dihukum sebaliknya,Rasullullah SAW menyuruh dia pulang ke rumah menyusukan anaknya itu sehingga 2 tahunkemudian, datanglah kembali jumpa Rasullullah SAW untuk terima hukumannya..

Dipetik dari Buku Panduan dan Amalan-amalan Ibu ketika Mengandung.

Kisah di atas menunjukkan yang semua ibu harus menyusukan anak mereka kerana susu ibu mengandungi semua yang bayi perlukan selama 6 bulan pertama dan seterusnya sehingga bayi berusia 2 tahun.

Memang aku dan suami merancang untuk breasfeed anak kami nanti memandangkan susu ibu adalah baik untuk baby. Nas sangat2 menggalakkan untuk aku breastfeed. Tapi aku agak risau if aku xmenpunyai susu yang mencukupi untuk breastfeed. Kalau tengok dari pemakanan aku hari-hari rasenye tak menyumbang kepada pengumpulan susu yang banyak lagipun aku sendiri tak mau minum susu. Tengok kotak susu je dah kembang tekak.

Tapi aku memang respect gile kat mommy2 yang berjaya menyusukan anak mereka even sibuk ngn kerja. Ada yang beli breastpump set and pump kat ofis then simpan dlm fridge kemudian bwk balik kasi anak diorg minum. Giler gigih diorg nih. Nak buat macam tu jugak la tapi boleh ke? Doakan untuk aku supaya mempunyai susu yang banyak dan boleh breastfeed baby nanti.

p/s tabik gak kat mak aku dulu sebab hari-hari dia jalan kaki balik umah semata-mata nak breastfeed adik2 aku dan setia melayan karenah adik2 aku yang akan terpa dia mintak susu tiap2 hari time balik keje..*aku suke sebab tak payah nk bancuh susu utk diorg..hehehe, giler malas punye kakak!

p/s untuk mommy2 yang tak berupaya BF, blh try lain kali, kita dah berusaha..Allah yang tentukan..

Tuesday, November 24, 2009

gaji punye cerite

Start dari minggu lepas lagi isu ni hangat diperkatakan oleh geng2 bekpes aku..hehehe. Senang kate bila sebut GAJI je memasing akan mula membuat spekulasi sendiri. Bos tak mau bagi gaji awal kt staff pasai ape? Dia kate kalo bg gaji awal nnt duit cepat abes! Lorh, bila dh dpt gaji, staff tau la ape nak dibuat ngn duit diorg tuh, bos2 nih tak payah la risau duit cepat abes ke ape bukannye lepas tu staff mintak bos bagi gaji sekali lagi. Hadoiii, ade gak bos yg cam ni ek?

Bulan ni pulak ade perayaan. Nak raye gaji xdapat lagi. Ape kes??? Almost staff semua nye Muslim . Memasing tengah kira-kira cukup ke tak duit nak wat balik kampung nih. Nak bayar tol, duit minyak, duit belanja dan yang paling utama nak bayar duit LEMBU yang nak dikorbankan. Dah la raye ujung bulan lak tu. Mane2 yang ade wife/husband yang dapat gaji awal (around 21st - 27th every month) mungkin boleh tarik nafas lega la, tp tak jugak sebab duit gaji wife/husben dah digunakan untuk bayar hutang2 yang perlu dilangsaikan tetiap bulan before end of the month..

Haihh...

Tetiba pas lunch tadi aku dpt satu email, dgn creativenye kak Na create satu email rentetan perihal gaji..baik punye dia send email tu, siap CC kt Financial Manager ngn Financial Controller.
Tapi aku rase kalo dia CC ke Big Boss pun terbaek gak..hahaha

menghitung hari...bila mau dapat gaji!! :(

Saturday, November 21, 2009

Kerja...Kerja...Kerja...

Selagi belom tutup mate, kerja..kerja..kerja...tu dialog dalam filem P.Ramlee. Filem ape aku pun dah lupe. Kenapa perlu kerja? Nak dapat duit la. Tak de duit camane nak hidup? ngan hasil titik peluh kita bekerja tu lah kita gunakan untuk survive dan support hidup.

Lately, aku memang sangatla malas nak bekerja. Dah tak de hati nak pegi kerja. Kalau boleh nak waktu mlm yang panjang, bole tido lama tak payah bangun pegi kerje. Kalau pegi keje pun aku rase kerana terpaksa. Semalam aku tak masuk opis lagi. Keraskan hati tak mau pegi keje so aku sambung tido. Kalau pegi keje pun bukan ade keje, dok melangut kat opis, surfing sane sini sampai dah tak tau nak surfing ape lagi dah..BOSAN ngn rutin yang macam tu. Hari-hari tu la keje aku.

Ade lagi satu sebab kenapa aku malas nak pegi keje. Sebabnye, kt opis tu ade org yang aku tak suke..huh, siyes tak bole tgk muka dia dan aku hari2 mendoakan dia tak akan masuk opis awal2 pagi.Kalo masuk pun biarla kejap je then blah r semula. Ntah la kenape aku tak suke dgn dia, tapi yang pasti start 1 st day aku keje sane and tgk muke dia, aku dah rase yang aku tak boleh blah ngn dia. Dia ni bossy sangat, sume bende nak suruh orang. Sampaikan nak print quotation yang sekeping tu pun dia boleh email kt aku suruh aku print, dia boleh duduk goyang kaki pi isap rokok kat bawah. Abis rokok sebatang dengan muke macam %$@# leh tanye aku ' you dah print belom?' hampeh betol.

Lagi satu dia ni tak reti nak update orang,time ade tender dia kerah aku macam hape, siap bagi dateline, bila aku dah siapkan rupa2nya tender tu withdrawn tanpa bgtau ape2 kat aku. Ape korang rase? Korang dah bersusah payah siapkan sampai 10 file, tunggu nak submit, then tiba hari submition dia tak masuk ofice, call2 tak dapat, bila call PM baru aku dapat tau tender tu cancel. Macam sampah r..

Dia gak penah tuduh aku menyebabkan tender yang disubmit kene reject. Siap panggil sume tender team konon nak kate ade mistake dalam submition and mistake adalah sebab aku tak letak no. tender. Huh,silap la beb, gua ade bukti no tender gua letak, dalam folder tender yang wa buat sume ade wa save dlm PC ok! dia kate no yang aku letak adalah no yang salah!, aku jawab balik aku xtau la no tu salah ke tak yang pasti no. tu aku dapat dari dia, dia yang bagi. Tapi, dia nak menafikan lagi yang kononnye dia xde bagi ape2 no rujukan kat aku sebab dia check email, dia xde send anything. Aku balas balik r, ' memang r U tak de bagi email, tapi U tulis kat kertas, nak tgk ke kertas tu? I ade simpan dalam ofis copy punye file?'. Terkulat2 muke macam kerang busuk! Nak tuduh aku konon. Hello, Kau sendiri pun tak penah bace tender requirement pastu sesuke hati kau nak salahkan orang. Kalau bukan aku yang alert pasal no rujukan tender tu, kau sendiri pun tak tau!. untuk makluman korang, setiap tender yang kitorang participate ade no rujukan tender yang akan digenerate oleh sistem ePerolehan kerajaan. So, bila nak submit dokumen tender, pada sampul tender kontraktor kene letakkan no. rujukan yang diberi if not tender akan reject. Sebenarnye, tender2 yang sebelom ni pun memang ade no. rujukan ePerolehan, tapi disebabkan aku yang compile semua dokumen and aku juga la yang buat submition (walaupun ni bukan keje hakiki aku) aku dah save awal2 lagi no rujukan tender tu and dia sendiri tak penah alert tentang semua ni. Dia tak tau pape, yang dia tau bila dia masuk opis semua dah siap.

Tu lah antara sebab2 kenape aku tak nak pegi keje. Sebab ade makhluk yang perangai macam tu la buatkan hati aku dah mati utk keje. Aku berharap moga-moga aku diberikan rezeki ditempat lain. Aku nak cube peluang baru, tempat baru, orang baru, suasana baru senang kate serba serbi baru la.

Korang-korang, ade any vacancy tak. Do inform me la eh. I need another job. Desperado dah nih! :(

Thursday, November 19, 2009

update juge akhirnya

ooohhhhh....sangatla lama tak update blog..tak de idea untuk menaip blog sebenarnye dan juge masih belom ade skill untuk menjadi seorang pencerita yang pandai bercerita.

Tak mau cerita panjang2, aku ringkaskan seringkas ringkasnye ape yang patut.

This month dah genap 8 bulan usia perkahwinan kami. Ape yang boleh dikatakan aku sgt happy dan bersyukur dengan ape yg ALLAH bagi. Suami yang penyayang, baik hati, sangat memahami,bertolak ansur, ape lagi yg aku nak semua ade pada dia walaupun kadang2 dia ni tak nak dengar kate and suke wat aku marah (utk certain things saje - tp aku yg terlebih emo sebenarnye).

Hari ni juge aku dh 20 weeks pregnant (5 bulan sudah). Alhamdulillah, sepanjang tempoh ni aku tak de sebarang alahan ataupun muntah2 seperti mana dialamai oleh sebahagian ibu2 mengandung yang lain. Cume pada peringkat awal aku asik demam2 dan juge mengalami sindrom MALAS. Sindrom malas tu masih lagi bermaharajalela sampai la sekarang nih. Yang paling best adalah sindrom malas nak pegi keje dan nasib memangla tersangat menyebelahi aku sebabnye tiap kali pegi klinik utk mintak MC bukan sehari MC yg aku dapat tapi doktor bagi 3 hari terus..wowieee sape tak suke kan boleh bersenang lenang dirumah..hehehe itulah kelebihan ibu mengandung.saye sukeee!
p/s: MC 3 hari yg aku dpt tu adalah MC yg betol2 sakit eh, sakit kepala je pun, create la some story sikit kt doktor tu, gedebuk gedebak..'oke, i bg u 3 hari MC utk rehat kat rumah', korg nak tau tak klinik mane aku pg? sms me oke ;)

Last two weeks aku and nas pegi window shopping utk barang2 baby. Kitorg ajak Pami n Nany sebagai pakar rujuk disamping pengikut setia kami si Aby merangkap mr. photographer of the day. benda pertama yang kitorg survey adalah stroller. sambil tu, survey jugak barang2 lain ; botol susu (byk jenis botol susu rupenye), babycot, tapi sepanjang hari tu kitorg totally tengok stroller je.sampaikan dah blk umh nas masih lg dok memikirkan stroller jenis ape yg nak dibeli and in his mind always appeared stroller quinny Zapp. Tu la yg menjadi perdebatan kitorg. Quinny tak banyak function, cannot recline (camane baby nak tdo?), tak de shopping basket (kalo dia nk hangkut beg botol susu baby oke la), pastu cm tak kukuh je. hmmm...aku boleh agreed quinny ni sgtla kecik bila fold dan tak makan space kt bonet kete (memandangkan bonet kete aku kecik) tapi sgt tak practical utk baby la. so until now kami masih lagi belom ade solutions utk stroller. Umi and Walid berdebat la byk mane pun still end up ngn xde solutions.

Baby is coming up. Can't wait for Him. :)