Marhaban Ya Ramadhan..Bulan yang amat dinanti-nantikan.Dalam bulan ini ALLAH melipatgandakan ganjaran pahala segala ibadah dan amal soleh sehingga beratus-ratus dan beribu-ribu ganda kecuali ibadat puasa yang hanya menjadi perhitungan rahsia di sisi Allah.
Selanjutnya, Allah membuka pintu kemaafan dan keampunan seluas-luasnya sebagaimana maksud sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan mengampuni seluruh dosanya seumpama dia baru lahir dari rahim ibunya.” (Riwayat Ahmad)
Demikianlah Allah mengagungkan Ramadan. Berdasarkan kepada keistimewaan dan keberkatan yang hadir bersama Ramadan, secara jelas mengisyaratkan betapa Allah menyeru umat Islam supaya merebut kelebihan yang disediakan Allah sepanjang bulan mulia itu.
Tentunya dengan lebih banyak melakukan amal soleh selain ibadat puasa itu sendiri seperti solat tarawih, tadarus al-Quran, iktikaf, bersedekah dan berdoa.
Ringkasnya, hadirnya Ramadan mengundang seribu satu kesempatan bagi orang beriman untuk beramal ibadat di samping bertafakur dan bermuhasabah diri.
Salam Ramadhan untuk semua
1 comment:
oih, gambo kita samaaaaa :D
Post a Comment